Pergaulan Dalam Islam.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, ikhwan mahbuban..

Syukran Ya Allah, wa laka Al-hamdu. `Ala Nabina Muhammad SAW solatu wa salam, wa ahlihi wa sohibihi ajmain.

LDK 2 ( PERGAULAN DALAM ISLAM)

Dalam LDK 2, kami berbincang tentang pergaulan dalam Islam. Pergaulan yang dimaksudkan disini ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Topik ini merupakan topik yang hangat dibincangkan. Seperti yang ikhwan maklum, zaman sekarang ini, ramai remaja yang bersikap tidak canda  dengan hukum Tuhan. Peraturan pergaulan yang Allah syariatkan dipandang enteng oleh mereka. Langsung tidak dipeduli tentang batas2 yang Islam gariskan. Natijahnya, di dada2 akhbar, di kaca2 televisyen, di ceruk2 radio, kesemuanya memaparkan kes keruntuhan akhlak, kemunduran tingkah laku dan kebejatan moral serta batasan syaro` yang rapuh yang dianggap sudah `sinonim` dalam masyarakat.

Bahaya tu!!!


Apabila zina sudah menjadi suatu yang biasa, maka tunggulah keputusan Allah......(maknanya bala)

Balanya seperti yang kita lihat hari ini. Penyakit berbahaya seperti HIV, AIDS dan yang dahulu tiada kini merebak dengan pantas dan bersama penawar yang belum dijumpai.

Seperti biasa, selepas habis kami terangkan, abg Huzaifah mula memberikan penerangan. Dan kami yang mendengar tekun memasang telinga agar tidak ketinggaln butiran hikmah itu. Kata abg Huzaifah, pergaulan dalam Islam berlaku dalam dua situasi.

Pertama di tempat umum seperti di masjid, surau, kampus, dan pasaraya dan yang boleh dilihat orang awam.

Kedua di tempat khusus. Tempat khusus merupakn tempat yg memerlukan izin daripada seseorang untuk memasukinya. Cthnya rumah, bilik, ofis dan kereta peribadi. Di tempat khusus, perlu disertai seorang mahram wanita ( org yg haram dikahwini). Muslimah tersebut mestilah menutup aurat dengan sempurna. Pakaian yang dipakai tidak boleh menampakkan susuk badan. Pakaian tersebut mestilah labuh. Kalau pakai hand sock lagi bagus. But make sure not wearing T shirt with the sock. It is considered as exposing aurat because it does makes muslimah`s arm shape very vicible. Tudung yang disarung mestilah melepasi dadanya.

"....Dan janganlah mereka (kaum wanita) menampakkan kecantikan mereka, kecuali apa yng (biasa) terlihat (muka dan telapak tangan). Dan hendaklah  mereka menutupkan kain tudung keatas dada mereka......"

Setiap tingkah laku mesti dijaga. Muslimah tidak boleh bersikap gedik2. Bimbang nanti para muslim akan naik syeikh. Selain itu, topik perbualan mestilah tidak bertentangn dgn Islam ( bukan hal yang diharamkan).

Ikhwan sekalian,

Perbincangan kita dengn muslimah mestilah mempunyai keperluan. KIta tidak boleh terus berjumpa dengn mereka sesuka hati. INGAT, Hanya bila ada keperluan yang PENTING sahaja!!! Berhati2 ketika berbicara dengan muslimah. Kawal diri daripada mengatakan sesuatu yang di luar topik. Bimbang syaitan akan mencucuk jarum zina.


Sama juga masa kita berinteraksi dengan muslimah di alam FB, Twitter, YM dan seangkatan dengannya. Secara zahir kita memang tidak lihat muka mereka dan tidak mendengar suara mereka. Tetapi ada sesuatu yang akan terhubung dan akan sentiasa bercambah, iaitu nafsu bila kita berhadapan makhluk Allah bernama wanita. Awal perbicaraan rasa tiada apa2 yang berlaku, tapi lama kelamaan, kita akan sedikit terleka. Pada waktu itulah, syaitan akan bertenggek di hati dan mendominasinya supaya kita melontarkan kata2 romantis. Kalau bukan kata2 romantis, kata2 candaan atau gurauan yang sekarang ini dianggap sebagai KEBIASAAN. Melalaui kata2 inilah akan terjalin hubungan mesra yang tidak direstui Tuhan. Bermula drpd itulah akan timbullah ayat "

"KAULAH KAWANKU
"KAULAH BFF SEJATI"
"KAULAH PENEMANKU"
"KAULAH KAWAN KU YANG PALING SPORTING"
(kononnya friendly)
" U`RE MY FUTURE ANGEL"
(nauzubillah. Ya ALLAH, peliharalah kami jika kami lalai)

Ikhwan sedar atau tidak, waktu syaitan baca semua itu, tergolek-golek dia. Ketawa berdekah-dekah . Mengilai macam pontianak. Sebab apa? Sebab waktu itu telah wujud satu komunikasi sama ada kita sedar atau tidak yang boleh membawa kepada zina. Kalau bukan zina besar, zina kecil :


1:  Zina Hati - merindui perempuan yang tidak halal baginya.
2:  Zina Tangan - menaip kata2 yang boleh menimbulkan perasaan syakhwat walaupun hanya sikit sahaja.
3:  Zina Minda - menbayangkan perempuan yang tidak halal baginya.




Oleh itu, ikhwan x perlulah kita bercanda atau bergurau dengan mereka kononnya untuk menjaga perasaan. Nanti bila mengadap Tuhan, mulalah menuding jari dan menafikan perbuatan yang dilakukan. Kalau kita pernah buat, kita taubat. Lepas ni jangan buat lagi. Sememangnya benda ni  nampak simple. Cuma berbual kosong. X percaya cuba tanya remaja2 yang berpasang-pasangan dengan tali neraka. Kebanyakan daripada mereka akan mengatakan kekasihnya pandai ambil hati. Pandai jaga perasaan. Semuanya bermula daripada ucapan yang disangkakan berbual kosong.

Cuba ikhwan baca dialog di bawah.


A: Kau pernah berborak dengan perempuan kan? Citerlah apa rasanya?
B: Alah, biasalah. Aku cakap dia layan. Lgpun aku rasa seronok. Ada la juga kawan untuk berborak.
A: Apa yang seronoknya? Bukankah Allah x bagi mendekati zina. Apa yg ko buat tu kan salah.
B: Alah. Kau x baik tuduh aku camtu. AKu cuma berborak je. Bukannya buat bende x senonoh. Kitorg cuma citer biasa2. Buat apa? BOsan x? Itu je. Mana ada aku main ayat cintan-cintun. Aku jaga tau. Gurau2 biasa je pun. Itupun salah ke?
A: Sebab kau gurau2 dan sudah biasa tula salah. Kau tau x syaitan tu masuk dalam darah kau dan pergi kat mata hati kau. Kau dah kena tipu. Semuanya jadi kabur. Kau tau x benda2 tu sumenya haram. Boleh bawa kepada zina. Sekadar nak berborak biasa baik ko berborak dengan Si Am tu kawan baik ko. Lagi bagus. Terpelihara daripada zina  hati, mulut, tangan dan yang seangkatannya.
B: Yela2, ustaz oi. Nanti aku cuba.
A: Jangan nanti. Sekarang juga. AKu takut nanti jadi apa2 yang buruk. KO kena ingat tu.

Rata2 remaja akan berkata seperti si B sebab mereka telah tertipu dengan muslihat kafir keparat dan termakan dengan godaan syaitan dan nafsu. Mereka berfikiran benda2 begitu tidak mendatangkan masalah. Tidak, itu semua dusta belaka. Dengan alam internet atau sms, syaitan dapat menyuntik jarum2 zina secara halus. Ya, sangat halus. Tanpa ikhwan sedari, semakin hari derapan kaki kita menuju ke gerbang zina. Macam ana kata, kalau bukan zina besar, zina kecil. Berwaspadalah dengan makhluk bernama wanita. Bukan sebab kita nak hina tapi untuk memelihara diri.

Tambahan pula, bukankah ucapan2 (bersembang kosong) seperti itu akan merosakkan hijab kita dengan nafsu dan perisai kita daripada zina? Jangan biarkan diri ikhwan dikaburi oleh buaian nafsu. Biarlah kita dikata kerek oleh mereka. Biarlah kita dikata x sporting. Biarlah kita dikata x pandai berkawan (dgn muslimah). Asalkan kita menjaga maruah diri. Kita taat perintah Allah, dan menjauhi laranganNya.

Ingat pesanan ana: Perempuan itu senjata syaitan. Perempuan merupakan fitnah yang besar buat kaum kita. Berhati-hatilah ketika bersama dengan mereka. Jaga tingkah laku dan aurat. Elakkan berkata sesuatu yang di luar kotak perbincangan. Sama2lah kita pelihara kesucian dan maruah diri kita. Jadilah seorang mujahid yang sejati. Uhibbukum fillah


Mujahid Fillah,
Ibn_Sina95,
11 Muharram 1432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment