Coretan perjuangan buat hati2 yang kegersangan.

SALAMUN AIKUM, YA AHLIL ISLAM.

Secoret madah kesyukuran dan puji-pujian bagi  pencipta alam, Allah taala. Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad dan ahli keluarganya.

Tiada apa yg ingin saya luahkan dalam mahligai maya ini. Cuma hati ini seakn mendesak diri ini untuk berkarya dan berkongsi dengan ikhwan. Ikhwan, tegasnya ingin kukatakan, hidup ini penuh likuan.  Terkadang kita terasa hanyut dan tidak mampu berpaut di dahan kebenaran. Rasa ingin menyerah semakin membuak-buak apabila gelora nafsu bertubi-tubi menjunam hati yang sedang ketagihan kebenaran. 

Namun demi cinta Illahi, kita sbg hamba perlu menghadapi arus kelalaian ini. Perkasakan hati agar mampu menghadapi onak  dan  duri yang bersepah di jalan perjuangan. Ayuhal Ikhwan,  sememangnya terasa getir dan payah untuk pijak onak2 tersebut. Tetapi bertahanlah, darah2 yang mengalir ialah darah yang suci. Darah yang inginkan keredhaan Allah. Tidak perlu kita meraung kesakitan. Kesakitan itu hanya seketika. Di akhir perjuangan ini, pasti akan segala kemanisan  yang terselit. 

Ikhwan.

Perjuangan ini, hasilnya tidak akan terasa manis seperti madu sekiranya tidak terasa kepahitan hempedu. Ya telanlah hempedu itu, pahitnya hanya sekejap dan sedikit namun madunya 1000 kali manis dan sedap.

Ikhwan,
Kalau  kita renung jauh2,
Dimanakah kita di sisi-Nya,
Adakah kita ini setaraf para sahabat?
Adakah stingkat dengan tabiin?
Adakah sama darjat dengan Ulama`?
Dan,
Adkah kita ini benar2 beriman?
Bagaimanakh dengan amal kita?
Mati ini datangnya tidak diundang,
kehadirannya tidak  dapat dikesan,
Hanya hati yang suci  sahaja yang sudi menziarahi rumah yang sepi itu,
Renung2kanlah hidup ini sekadar meniti di jambatan,
Sekiranya kita lalai pasti jatuh ke kancah kelalaian,
Pasti banyak dosa yang dipungut,
Titik2 noda akan bersarang di  teratak hati,
Ayuh, kita muhasabah,
Ayuh, kita singkap dosa2 kelmarin,
Ayuh, kita selami hati kita,
Adakah kita bahagia?
Bahagia dengan hidup yang berpayungkan duniawi,
Sama2 kita berhijrah, duhai hati2 yang leka.

Allahu akbar!!!



Salam perjuangan,
Ibn_Sina95
3 Muharram 1432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment