Di Majlis Pemantapan Syabab.

Bismi Allah Al-Rahman Al-Rahim,
Assalamualaikum, ikhwan.

Alhamdulillahi Rabbil `Alamin, wa As-Solatu wa As-Salam `ala nabinal Karim, Muhammad SAW wa `ala alihi wa sohbihi ajmain.

As I do promise, i`m gonna share the knowledge that i`ve gained from the program.

Jumaat ( 4 Muharram 1432)

Hari ini merupakan hari yg bersejarah bg ana. Hari yg telah Allah tetapkan ke atas ana utk bertemu dgn  ikhwan yang tinggal di luar kawasan kepompong ana. Ana bersyukur kerana dapat bertemu dengan mereka, Alhamdulillah. Sebab merekalah,  Allah bagi ana cahaya ilmu di hati ana supaya ana arif berinteraksi  dengan mereka secara ukhuwah fillah. Ya selama ini, ana mengaku mmmg ana malu utk melakukannya dengan sahabat2 ana dan ana merasakan sgt sukar. Tetapi ana perlu berkayak dahulu sblm ana pandai berlayar menggunakan bahtera. Alhamdulillah, sedikit sebyk ana dpt terapkan unsur Islam dalam ukhuwah dgn mereka terutama dgn sahabat ana, Thariq. Ana lebih cenderung dengan dia sbb dia sekolah tahfiz.


Slps asar, kami (para peserta) telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kesemuanya berjumlah tis`ah (9). Kumpulan ana merupakan kump. yg paling tua. Kebyknnya peserta masih suci lg. Rata-rata kanak2 bebas dosa. Untungnya dapat jadi mereka. Suci daripada dosa. Dik, walaupun adik x tanggung dosa tapi kesian kat abi dan ummi. Mereka yg tanggung dosa adik2. Adik jaga akhlak baik2 ye!!!


FC kump. ana, seorg syabab yg baru pulang dr Mesir. Beliau belajar ttg QUran dan  Syariaah. Namanya ialah Huzaifah. Ana suka  nama beliau. Nama seorg sahabat. Kadang segan dan malu pabila mendengar nama mereka. Jasa mereka sangat hebat. Sebab mereka kita masih dapat menghirup udara Islam. Bayangkan jika para sahabat tidak beriman, mesti ana dan ikhwan teraba-raba dalam kekafiran. Pujian kembali kepada Allah. Alhamdulillah, Ya Allah sebab masih memberikan nikmat iman dan Islam. Semoga kau memberkati dan meredhai sahabat yang telah berjuang menempa Islam di hati insan. Amin.

Berekenaan LDK 1 ( Ukuran perbuatan).

LDK 1 bermula slps Isyak. DI sini kami berbincang tentang apakah yg dimaksudkan ukuran perbuatan.  Sebuah modul disediakan untuk kami menelaahnya. Berbeza dgn kump. lain (mengikut firasat ana), Akh Huzaifah suruh kami  terangkan apa yg kami faham berdasarkan modul yg dibaca. Terasa agak payah kerana kolam ilmu  kami masih cetek. Ikan pun x boleh hidup  dalam itu.  Jd kami  cuba berikan setakat yg ada. Kalau air sahaja yg ada, maka air itulah yg kami akan sedekahkan. Slps pendapat kami telah diperdengarkan, Akh Huzaifah berhenti sejenak. Senyuman di bibirnya tidak lekang. Matanya kadang meliar ke tempat lain. Mungkin utk mmemikirkan perkataan terbaik utk disampaikan. Abg Huzaifah mula membuka mulutnya. Perlahan-perlahan dia cuba sampaikan supaya kami faham. Beliau memulakan hujahnya dengan menyuruh kami bertadabbur ttg alam. Bertadabbur ttg aturan alam. Kejadian pergerakan matahari,  bulan, bumi dan semuanya. Subhanllah,  semuanya berada dalam keadaan teratur. Tiada cacat cela. Takjub hati ana bila bertadabbur ciptaan tuhan. Penuh dengan keunikan. Beliau meneruskan lagi dgn berkata,


`Allah telah ciptakan semua benda dalam keadaan yang teratur. Semuanya ada ukuran-ukuran yang perlu dipatuhi. Sbg cth keudukan matahari, para saintis mengatakn sekiranya kedudukan bumi dekat sikit sahaja dengan matahari, nescaya hancurlah  bumi ini dek kepanasannya.  Begitu juga sebaliknya, jika alam yg kita pijak  jauh sedikit dr matahari, maka sejuk membekulah seluruh makhluk di atas teratak  alam ini  dek kepanasannya tidak dapat sampai ke bumi.`

SubhanaAllah, begitu hebatnya ciptaaNya. Sbb itulah kita perlu bertadabbur ttg alam  sbb disitu terletak tanda2 kekuasan Allah.

"  Begitu juga dengan perbuatan  kita. Allah menyediakan acuan Syara` untuk kita patuhi. Segala tingkah laku mestilah  berdasarkan syara`. Bila kita langgar shaja, bermulalah berlaku kemungkaran. Cthnya, seorng yg ingin solat, hanya sekadar berniat tanpa memerluka sbrg gerakan fizikal. Tidak boleh begitu. Matlamat   tidak menghalalkan cara. Semuanya mesti berdasarkan syara`."

`Ya betul tu` ana berfikir sejenak. Manalah boleh macam tu. Kalau Allah kata benda ini kena buat, mestilah buat.  Kita ini sekadar hamba yg tidak mengerti apa2 melainkan jika diajarNya. Mengapa perlu kita berlagak pandai?  Bila dengar org kata boleh, x semestinya kita perlu sokong. KIta mesti ada jati diri untk melaksanakn perintah Tuhan dengan acuan  Syara` dan mengatakan tidak sekeras-kerasnya bila tuhan murka.

Kerana apa?

Kita telah berikrar shahadah. KIta telah meyakini Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhammad pesuruhnya. Kita mesti meyakini hukum syara` yang Tuhan kirimkan untuk kebahagiaan kita. Bukankah Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih?. Dia juga Maha Mengetahui.  Yakinlah dengan mentaati hukum syara`, hidup kita kan sejahtera. Hidup kita kan diulit kebahagiaan. Ditemani keberkatan. Dinaungi keredhaanNya. Dan sentiasa terpelihara drpd fasad (kerosakan). Islam itu syumul. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Bermula drpd skecil-kecil adab masuk tandas hinggalah kepada sebesar-besar urusan pentadbiran, semuanya ada. Allah sudah sediakan. Hukum syara` yang Allah aturkan baik untuk kita. Allah tidak akan turunkan hukum ini melainkan tanda kasihNya terhadap hambaNya.


SubhanAllah, kasihmu padaku melebihi kasihku terhadapmu. Maghfirah kupohon andainya ukuran perbuatanku condong ke barat. KepadaMu kupohon ketetapan di jalan Islam.

Ayuh Ikhwan,

Bermula detik ini,  marilah kita melakukan anjakan paradigma.  Marilah  kita menganjakkan pemikiran berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Segala halal dan haram mestilah  dipatuhi, jangan ditibainya hukum  sesuatu perbuatan dengan firasat hati, akal atau nafsu.

Bagaimana caranya untuk menjadikan hukum Syara` sebagai ukuran perbuatan?

Sudah semestinya kita kena belajar daripada mereka yang lebih arif. X perlu susah2 fikir panjang nak pi sekolah mana,  universiti mana, maahad mana. Dengar saja majlis ilmu, pergilah. Biasanya kat surau, masjid etc, mengadakan kuliah, kelas atau apa2, pergilah. InsyaAllah, di situ ada mutiara hikmah.

"Barangsiapa berusaha mencari  ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya untuk ke jannah"


Salam Anjakan Paradigma,
 Ibn_Sina95,
9 Muharram 1432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment