Hadharah dan Madaniah.

Assalamualaikum, pemburu syurgawi.
Semoga kita sentiasa dinaungi rahmat dan redha drpd Sang Kekasih, Allah.


Sejuta lautan sukur dan alhamdulillah kepada Al-Khaliq yang sentiasa memelihara dan mengasihi hamba-hambanya. Selawat dan salam kepada junjungan, Nabi Muhammad, para sahabat serta kaum-kerabatnya yang telah banyak berjuang dan berkorban melebarkan sayap2 Islam sehingga kita yang hidup sekarang ini dapat merasai nikmat di bawah naugan iman dan Islam.


LDK 3 ( Hadharah dan madaniah )

Hadhoroh : Kepercayaan atau kefahaman terhadap sesuatu yang terkait dengan akidah dan pemikiran.
Contoh: 
i- Sambutan Valentine Day ( 14 Feb ) yang diraikan untuk mengenang jasa seorang paderi yang bernama Valentino.
ii- Kepercayaan tahuna kaum cina : tahun monyet, tahun anjing, tahun naga.
iii- Teori Charles Darwin bahawa manusia berasal daripada beruk.


Perbezaan antara hadhoroh Islamiah dan hadhoroh Barat

Hadhoroh Islamiah
HAdhoroh Barat
Aqidah : Keimanan kepada Allah
Aqidah: Sekularisme
Matlamat kehidupan: mencari keredhaan Allah
Matlamat kehidupan: meraih manfaat material
Kebahagiaan: mendapat keredhaan Allah
Kebahagiaan: memperolehi sebanyak mungkin nikmat dunia.
Ukuran perbuatan: hukum syara`
Ukuran perbuatan: manfaatyang bakal diperolehi
Peranan agama: mengatur seluruh aspek kehidupan
Peranan agama: terbatas di tempat Ibadah shj


Hadhoroh Barat ialah hadhoroh yang tidak beraqidah kepada Allah, yang jelas bertentangan dengan hadhoroh Islam.
Setiap muslim dilarang bertoleransi dan melibatkan diri dalam perkara-perkara atau aktiviti hadharah Barat sebagaimana contoh2 aktiviti yang telah dinyatakan.
>Melibatkab diri adalah sama seperti redha dengan aqidah mereka.
>Bertoleransi dengan aktiviti hadhoroh Barat atau bukan Ilsam adalah menyamatarafkan aqidah mereka  dengan aqidah Islam


Firman Allah:
"sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah hanyalah Islam......"
( Al-Imran : Ayat 19)
" Dan barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai deenNYA maka dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk org2 yang rugi"
(Al-Imran : Ayat 85)
....................................................................................................................................................................
Madaniah : Bentuk-bentuk fizikal daripada benda2 yang terindera (yang boleh dikesan pancaindera) yang digunakan dalam pelbagai aktiviti kehidupan.
Contoh: 
i- Peralatan / teknologi: Komputer, Televisyen, Telefon, motosikal, kereta dan lain2 yang berkaitan.
ii- Infrastruktur / prasarana: rumah, bangunan, sekolah dan lain2.


Ada dua jenis madaniah:
Madaniah khas
Madaniah Am
a) Dicptakan berasaskan hadhoroh atau kepercayaan
a) Tidak berpandukan sebarang hadhoroh
Contoh: peralatan teknologi, infrastruktur
b)Contoh madaniah bukan islam:
i-  Patung smbahan
ii- Pakaian paderi & sami
iii-lukisan dan pakaian yang mengghairahkan
iv- lambang salib
Dan lain2
Bersifat universal bukan hak umat tertentu
c)Madaniah khas yang berkait dengan hadhoroh bukan Islam adalh haram hukumnya.


Akibat ketidakfahaman konsep hadhoroh dan madaniah.
Era globalisasi kini, pelbagai idea, budaya dan prodik mengaliiir masuk ke dlan masyarakat secara bebas. Sebagai contoh, pakaian pada hakikatnya merupakan satu madaniah. Konsep dalam Islam haruslah menutuup aurat. Namun begitu  kini kita lihat akibat terpengaruh dengan budaya barat tanpa halangan,  konsep pakaian dalam Islam mulai luntur Para remaja terpengaruh dengan aspirasi fesyen yang kebanyakannya bertentangan dengan hadhoroh Islam. Kemsukan rekaan2 fesyen barat berasaskan hadhoroh barat membanjiri gedung2 pakaian di merata-rata tempat. Mereka langsung tidak bertanggungjawab menutup aurat malahan menganggap menutup aurat itu merupakan ketinggalan zaman. Inilah bentuk madaniah khas yang wajib ditolak. Pemahaman yang jelas mengenai konsep hadhoroh dan madaniah  ini adalah sangat penting agar kita tidak terpesong daripada ajaran2 Islam.


"Yang kalah cenderung mengekori yang menang, dari segi pakaian, kenderaan, bentuk senjata yang dipakai, malah meniru dalam setiap cara hidup mereka termasuk disini mengikuti adat-istiadat mereka, bidang seni, seni lukis dan seni pahat (patung, tugu) baik dinding, kilang-kilang atau dirumah-rumah." - Ibn Khaldun

Ibn_Sina95,
22 Muharram 1432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment