Maal Hijrah 1432.

Salam alaikum, ikhwan dan diri ini.

Selautan syukur dan pujian kukirimkn kpd yg Esa. Salam dan selawat kpd junjungan bsr Nabi Muhammad serta ahli2nya.

Genap sudah setahun kita di madrasah 1431. Kini kita kan menuntut di maahad 1432. Wahai  ikhwan yg kukasihi krn Allah, masih ingtkh kita ttg peristiwa penghijrahan rasulullah? Subhanallah, hijrah mereka utk menaikkan martabat Islam, memacakkan panji2 Islam dan mengharumkn nama Islam diseluruh  dunia. Walaupun mereka terpaksa meredah pdg pasir yg panas terik, meningglkn harta2 mereka, mereka tetap menggagahkn diri demi kbnrn Islam yg mereka kecapi. Mereka sedar hakikat hijrah yg dilakukan sgt memerlukan Pengorbnn yg sgt bsr.  Sgl jerih-perih  mereka lalui dgn sbr dan tenang. Kerana apa? Untuk menuju Cinta Allah, mencari keredhaannya.


Begitulah  juga wahai kita sbg hambaNYA.  Kita mengharapkn redhaNYA datang bertali arus, barakahNYA sentiasa di samping kita, dan cintaNYA  berterusan menaungi kita. Namun pernahkan kita melihat cermin muhasabah, pernahkan tumpah air mata keinsafan dek  dosa yg dilakukan?  Ayuh sama2lah  kita berhijrah untuk menjadi lebih berketrampilan, menjadi seorang  mu`min yg lebih berwibawa. Berbekalkan iman yg mantap, taqwa sbg perisai dan hati yg ditarbiah, kita mulakn hidup baru kita dgn  azam mencari cinta ALLAH. Allahu Akbar.

Oh Allah,
Diri ini bergelumang dosa dan noda,
namun sinaran hidayahmu,
mengirimkan 1001 erti  kebahagiaan, keyakinan dan semangat perjuangan yang baru,
Tuhan, tidak ingin ku  singkapi kisah2 hitam yang lalu,
ingin  aku cetuskan revolusi dalaman,
berbekalkan azimat hidayah dan cintamu,
ingin kumenerajui  hidup yg baru,
berlandaskan Al-Quran dan As sunnah,
Salam hijrah Ila Allah,  Ikhwanul muslimin.


Tinta hijrah,
Ibn _Sina95,
1 Muharram 1432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment