Sedikit peringatan,,

>>>>ASSALAMUALAIKUM<<<<

Sebuah kisah.......baca dan hayatilah.....

`Waktu itu aku baru sahaja selesai bersiap untuk ke surau. Sebelum mengangkat kaki keluar dari rumah, aku memaklumkan terlebih dahulu kepada kedua ibu bapaku. Selepas itu, aku bergegas menuju ke surau. Suasana ketika itu sungguh tenang, tiada apa-apa sebarang malapetaka yang boleh dikaitkan dengan sebab-sebab aku tergesa-gesa ke surau. Disebabkan tergesa-gesa, kesemua bukaan langkah kakiku besar-besar belaka seperti seekor gajah yang sedang berjalan menuju ke sungai dek kehausan. Pasti terasa gegaran di sekitarnya. Aku bukan berlari cuma berjalan dengan pantas sehinggakan awasan sekelilingku turut sama mengikut rentak tarian kakiku yang terburu-buru. Namun kontranya ialah kakiku sentiasa melangkah ke hadapan manakala kawasan sekelilingku menari-nari seolah-olah ia cuba mendesakku supaya melonjakkan kelajuan kakiku. Aku cuba usahakan untuk tiba lebih awal ke surau. Kalau boleh sebelum azan berkumandang kerana waktu ketika itu waktu maghrib sudah menjelang dan azan maghrib boleh dikumandangkan. Dengan kehendak Allah, walaupun aku keluar pada pukul 7. 2x p.m., aku sempat tiba di surau sebelum azan mula bergema di atmosfera kawasan Seksyen 4. Selepas itu, aku terus meluru ke arah sebuah ruangan khusus untuk mengangkat wudhuk yang terletak di suatu penjuru. Ketika membasahkan anggota-anggota wudhukku, otakku sedang berligat-ligat dan berhempas pulas memikirkan sesuatu. Masakan tidak otakku begitu, waktu maghrib sudah masuk namun masih belum kedengaran kelunakan suara bilal mengumandangkan azan. Oleh itu, aku segerakan proses pengambilan wudhuk dan terus bergegas ke dalam surau untuk memastikan bilal yang bertanggungjawab untuk melaungkan azan. Tatkala aku menghampiri pintu surau, tiba-tiba ada satu lembaga kecil yang masih suci daripada sebarang dosa menghampiri mikrofon. Lembaga tersebut mencapai mikrofon tersebut lalu mengambil alih peranan bilal iaitu melaungkan azan. `Wah!! biar betul budak ini, umur tak sampai setahun jagung tapi dah pandai azan.` bisik hati kecilku lantas membiarkan dia terus melaungkan azan sehingga selesai.`

Untuk dipendekkan cerita sebenarnya lembaga itu budak kecil baru darjah tiga. Terkejut beruk aku mendengarnya. Dimanakah pemuda-pemuda Islam ketika waktu itu?? Adakah tiada lagi bilal yang sudah baligh tetapi mempunyai kelapangan menunaikan tanggungjawab yang besar ini?? Aku?? ketika itu aku terlambat tiba di surau kerna aku sangka ada orang yang menanti di sana untuk menyeru muslimin dan muslimat menunaikan solat. Namun bukan ini yang ingin aku bincangkan. Aku ingin menyoalkan muslimin dan muslimat di luar sana, sibuk sangatkah kita ini sehingga tiada masa untuk diluangkan di rumahNYA?? Ketahuilah, Allah tidak minta kita untuk mengunjungi rumahnya 24 jam atau sehari suntuk, Dia cuma mahu kita untuk menghadirkan diri ke rumahNya pada waktu fardhu sahaja. Tidak lama pun, lebih kurang 10 -15 minit secara zahirnya. Tambahan pula, Dialah beri kita rezeki, beri kita nikmat, tidak malukah kita sebagai hambanya untuk membiarkan rumahnya kosong dan penuh debu serta sesawang?? Tidak takutkah kita pada azabnya?? Seandainya di akhirat kelak kita dipersoalkan ini apakah jawaban atau hujah yang kita boleh berikan kepadaNYA untuk lari daripada azabNYA?? Adakah pada waktu itu kita akan menyalahkan golongan-golongan yang mendirikan solat di surau kerana tidak memaklumkannya?? Sedarlah sebenarnya sudah terlepas tanggungjawab mereka untuk menyeru kita ke masjid kerana mereka sudah pun melaungkan azan. Oleh itu, kita sebagai warga muslim perlu sedar bahawa ada hikmah mengapa kita dituntut untuk menunaikan solat di surau. Walau sesibuk manapun kita, cubalah usahakan. Seorang saudaraku berkata "Kalau tidak boleh 5 waktu, cubalah setakat yang mampu, kita tak boleh biarkan walau seharipun untuk gagal menghadirkan diri di surau. Sesibuk manapun kita mesti cuba, satu waktu pun kira `ok`lah." Saudara-saudaraku, janganlah tunggu sampai kita diuji dengan kesulitan baru kita menghampirkan diri kepadaNYa namun bila kita kesenangan kita lupakan DIA. Setiap ibadah kalau kita perhatikan, ia seolah-olah nampak remeh tetapi hikmahnya sangat besar sehingga menjangkau pemikiran kita yang serba terhad. Begitu juga dengan azabnya, pasti seksaan yang sakitnya tidak terperi. Moga-moga kita dapat mengambil iktibar daripada kisah di atas dan berusaha memperbaiki diri kita ke arah yang lebih gemilang.

*Solat jemaah pahalanya 27 kali ganda itupun belum dikira pahala berjalan ke surau/masjid atau pahala wudhuk di sana atau pahala laungkan masa berada di sana. Pasti ganjarannya berbeza di sana kerana suasananya juga berbeza.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Kalamul Ilmu:

Post a Comment